SARAWAK "GUDI" FESTIVAL 2008 THE MOST NUMBER OF GUDI (KITES) FLYING SIMULTANEOUSLY
PERCUBAAN CIPTA REKOD MALAYSIA:
2000 Layang-layang Terbang Serentak
TEMPAT: Lapangan Terbang Lama Bintulu (Tapak Pesta Layang2 Antarabangsa Borneo 2008).
TARIKH: 17 Ogos 2008
MASA: 1.30 Petang.
Penyertaan terbuka. Layang2 bawa sendiri. Percuma T-Shirt.
Penganjur Pesta Layang-layang Antarabangsa Borneo 2008 mencuba untuk mencipta rekod baru dengan menerbangkan lebih 2000 layang-layang serentak pada 17 Ogos depan.
Setiausaha Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Mohd. Bohari Kipli berkata, layang-layang itu akan diterbangkan serentak tepat jam 1.30 tengah hari di tapak pesta, Lapangan Terbang Lama Bintulu.
''Tiga buah kamera akan ditempatkan di penjuru lapangan terbang bagi merakam aksi layang-layang yang dibiarkan berlegar di ruang udara selama 20 minit, sekali gus dijadikan bukti untuk mencipta rekod.
''Rakaman itu akan dihantar kepada pihak Malaysia Book of Records (MBR) di Kuala Lumpur untuk dinilai," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, peserta bebas menentukan saiz layang-layang dan mereka digalakkan mewarnakan layang-layang masing-masing agar ia kelihatan lebih menarik.
Dalam pada itu, tegas beliau, peserta dilarang menggunakan tali layang-layang yang disalut kaca kerana ia boleh menyebabkan tali layang-layang peserta lain terputus.
''Bagi menggalakkan penyertaan kita akan memberikan hadiah layang-layang khas kepada peserta bertuah yang mendaftar sebagai peserta ke-1,000," katanya.
Selain itu, Mohd. Bohari berkata, peserta juga berpeluang memenangi hadiah bagi pertandingan layang-layang tercantik, layang-layang terpantas naik ke udara dan layang-layang paling lama di udara.
Turut memeriahkan acara ialah persembahan hiburan oleh beberapa artis jemputan, katanya.
BINTULU OLD AIRPORT
Tuesday, July 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment