Free chat widget @ ShoutMix

Tuesday, August 19, 2008

PUTERACAHAYA and The Gang antara pelakar rekod Malaysia terbangkan 1,655 layang-layang serentak



Sehari selepas hari lahir PC yg ke **Tahun, Ahad-17 Ogos 2008; BINTULU memahat namanya dalam Malaysia Book of Records (MBR) apabila sasarannya untuk menerbangkan layang-layang dalam jumlah yang banyak secara serentak berjaya direalisasikan di tapak lapangan terbang lama di sini pada jam 3.10 petang semalam.

Pegawai MBR Yap Chee Kong yang mengumumkan rekod itu mengisytiharkan, BDA berjaya mencatat rekod dalam MBR setelah menerbangkan 1,655 layang-layang selama 20 minit, berbanding sasaran sebelumnya sebanyak 1,000 layang-layang.

Petang itu, langit Bintulu dihiasi layang-layang berwarna-warni dalam pelbagai saiz dan reka bentuk yang diterbangkan oleh kanak-kanak hingga golongan dewasa pelbagai kaum.


Dari kiri; Ahim,Man,Abol,PC,Syuk,Sarep

Putera Cahaya dan kawan2 antara yg mengambil bahagian dlm penciptaan rekod tersebut. Layang2 SLANK yg PC terbangkan sempat terputus bbp kali dho. Mujur x diambil org krn terbang nya gak jauh tp sempat juga terbang beberapa ringgit yg diberikan kpd kanak2 yg mengutip dan mengembalikan lyg2 PC. Terakhirnya lyg PC terjatuh dlm kawasan sekolah SK St Anthony yg dkt sekali dgn tapak pesta. Mujur lg pak guard nya yg mengembalikan lyg2 kesayangan PC itu. (gara-gara nk mendekati cewek comel..ngehehe).






Turut hadir mienyaksikan acara bersejarah itu ialah Ahli Dewan Negara Senator Pau Chiong Ung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip, Timbalan Pengerusi BDA Dato Sri Celestine Ujang Jilan, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Zaiedy Nor Abu Nasir; Timbalan Residen Bintulu Sirai Daha, Datuk Hii Tiong Kuoh dan Dato Sri Yek Min Ek.